Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

INSPIRASI INI SEPI RASA BASI
Saturday, 6 July 2013 @ 22:02

Aku ingin kau tahu,
aku ini bukan yang baharu,
aku ini yang terdahulu,
aku ini yang sekadar gaharu,
mungkin kau yang ragu-ragu,
usah kau gusar usah kau ragu,
berbeza itu pasti kau dan aku,
dan, aku ingin kau tahu.


Aku ingin kau tahu,
yang mana perlu dan kau mahu,
rumit dalam rumi,
rumi dalam jawi,
keadaan dalam kenyataan,
kenyataan dalam persamaan,
takkan aku terus mencari dirimu,
takkan kau terus mencari diriku,
biarlah aku terus mengalah,
biarlah kau terus beralih-arah,
usah kau tanya aku siapa,
Kerna aku sedar aku siapa.




Inspirasi dua dalam satu,
Ini sepi rasa basi,
AmirulKamarul.