Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

LEMPENG CICAH ASAMPEDAS!!!
Sunday, 31 March 2013 @ 09:25

Dari dok berpura-pura,
lebih baik aku bogel saje.

Yang jiwanya muda-mudi tu,
dasarnya layu juga melayu.

Status.
Yang di bimbangkan manusia sekarang, ya yang satu itulah.
Itu lagi tinggi darjatnya dari maruah dan adab mereka.

Mungkin itu semua punyai alasan sendiri,
yang menjadi kekesalannya,
pernah mereka utarakan mengapa?
Untuk soalan itu, aku menjawabnya sendiri,
"tidak." dan "tiada." secara spontan.

Jikalau status itu boleh dijual,
mungkin di pasaran saham sekali,
tatkala papakedana menimpamu,
berapa yang bisamu perolehi?

Jika jangka hayat punyai tarikh luput,
inikan status yang juga punyai tarikh luput,
cuma tidak pasti bilanya.

Suatu masa nanti kau juga bisa terkencit,
dek tarikh luput statusmu yang entah bila akan meletop itu.

Kenapa mahu berselimut?
asal kau bisa dan mampu untuk bogel tanpa sehelai benang?
Malu akan diri sendiri atau hakikat itu kau nafikan?

Kongkongan itu bukanlah kawalan,
tapi kesilapan yg akan membawa kepada keburukan & diakhirnya penyesalan.

Jadi,
mengapa dikongkong nafsumu yang satu itu?
Lepaskan saja ia,
walau dengan caranya sendiri jika itu yang lebih baik.

Mungkin kau perlukan sedikit sokongan,
sokongan sejenis media dari mereka yg sepatutnya.
Mohonlah pada mereka, itu yg lebih afdal barangkali.

Bagi mereka itu, usahlah bersikap tangkai jering.
Bukankah membantu itu yang berpahala?

Dari aku gusar mala bencana,
ada bagusnya aku meratah lempeng,
lalu soalan ini juga yang tertimbul dalam kepalahotak ku ini,
Lempeng itu dicampur susu atau gula yang lebih nikmatnya?
Aku menjawab sendiri, "cicahlah dengan asam pedas!" lalu menyuap ke mulut


Kosa dan bait ini,
selamba dari aku yang bersahaja.
AmirulKamarul