Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

NON-THE-LESS
Monday, 7 January 2013 @ 08:20

Aku.. tiada kata introduksi,
Aku.. sendiri tak pasti,
Aku.. mungkin dalam transaksi diri,

Malah aku sendiri kurang pasti,
Dimana kali terakhir aku berhenti,
Aku tahu yakni jalan aku masih berliku-kuli,
Jauh beribu batu bertuli,
Tapi siapa tahu apa akan jadi?

Manusia memang hanya mampu merancang,
Tapi dalam situasi ini, kini, saat ni,
Aku mengidam angin nyaman tanah Melbourne,
Mungkin tidak pernah aku jejaki,
Tapi aku sangat pasti akan naluri ku yang ini,
Aku mengidam naluri yang jauh dari kemampuan diri!

Jika hentak kepala di dinding itu,
Mampu membodohkan aku,
Mampu membuang memori aku,
Mampu memberi aku senafas yang baru,
Sungguh.. Aku buat. Sungguh..

Mungkin aku perlu berehat
, Berehat dari alam fantasi yang realiti,
Mungkin aku perlu kembali ke rangkap satu liku-liku aku,
Mungkin aku perlu menggali lubang lagi,
Supaya aku mampu berak sekali lagi,
Lalu tutup semula lubang itu,
Sama seperti perlakuan anjing/kucing selepas berhajat itu.

Baiklah..
Aku perlu kan rangkap itu,
Ya itu, "rehat".
Aku penat.
Aku perlu "rehat".




Sekian,
Yang penat dan perlukan rehat,
AmirulKamarul.

Labels: