Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

LETUSAN AKU SAJIKAN
Tuesday, 8 January 2013 @ 07:41

Aku tengah fikir,
Apa aku tengah fikir?
Aku tanya siapa?
Siapa yang aku tanya?
Tanya apa soalan?
Soalan atau jawapan yang aku mahukan?
Aku mahukan apa yang sebenarnya?
Sebenarnya siapa aku?
Aku siapa yang sebenarnya?
Aku harap, aku ada jawapan untuk semua itu.

Aku takkan berhenti fikir, berfikir, terfikir,
Itu semua adalah punca arus dynamo aku,
Aku harap aku takkan berhenti mengayuh,
Atau mungkin punca dynamo aku terhenti,
Mati..

Ini adalah rindu.
Rindu yang cuba inginku lampiaskan,
Rindu yang cuba aku gambarkan,
Mungkin sebijik kamera negatif dan positif,
Mampu menghadiahi aku sebentuk suasana nan indah,
Suasana dimana aku sendiri tidak bisa janakan,
Aku harap aku disitu sambil mengukir sekuntum senyuman.

Nah!
Ini adalah lontaran aku percuma,
Tiada tanda harga sama Jessie J itu,
Tiada barkod berpalang seribu,
Tiada tanda nama dan cop syarikatnya,
Maka, Nah! yang ini adalah sekuntum bicara,
Bicara aku sama itu yang satu,
Aku kuntumkan bicara ini sama sebentuk telapak,
Sebentuk telapak dan bicara aku gandingkan,
Lalu aku sajikan biar menjadi sebuah santapan,
Doa aku tidak akan pernah putus buatmu.



Naratu aku nan perindu,
AmirulKamarul

Labels: