KEMBALI KARANG LAGI
Sunday, 30 September 2012 @ 12:47
Kata mula aku tak pasti apa kali iniYang mungkin 1 2 3 kini Atau mungkin bismillah mini Ingin aku kembali berkarang diri Tapi aku juga yang lost sendiri Dimana aku berpijak itu aku tahu Tapi kemana arah tuju tiada aku menahu Simpulan aku bergerak selatan utara Itu adalah aku mencoret langkah perkara Aku hilang tumpuan, masa, dan kerja Mungkin itu semua cuma kata kerja Separuh bulan aku berutara Idea fiucer belum lagi keudara Ini kerna masihku kaku Ini kerna masihku kedu Ini kerna masihku kelu Biarkan berderhaka seperti Jebat Yang pentingnya tetap berdaulat Mungkin bergaya bak si permaisuri Gayanya lenggok tiada bak Taming Sari Empat baris diatas ilham si Idola Aku berkarya bak hayunan si Din Biola Ceritanya mudah tiada tahu sila bertanya Dari pertamanya alif dan hujungnya Ya Bermulanya satu dan akhirnya sifar Penghujungnya layu sudah mula mekar Ingin bina binaan yang baru Aku takut harus di pecah dulu Lumrah alam semesta di kepala Cipta yang baru singkirkan yang lama Ini aku kembali bernyawa semula Akan ku curah idea rasa segala Dalam versa ringkas berima Aku luah harap semua terima. Gaya bebas satu malam, AmirulKamarul Labels: Kembali versa berima |