STRAIGHT FORWARD INVASION
Wednesday, 24 August 2011 @ 14:35
![]() Seakan hari seakan mendatang seakan hari terus membilang seakan hari di telan zaman seakan hari tinggal kenangan seakan hari jadi pedoman terpandang aku sabit bulan yang bersinar melalui sinar yang seakan gemerlapan melalui celahan besi kaca tetingkap itu aku meneliti sebentuk sabit itu yang seakan menerangi malam ku kini aku terpandang ke atas seketika tanpa disedari tanpa menyedari terasa sengal sengal di bahagian leher ku seakan begitu lama aku mendongak menmandang sinar sabit putih itu di dalam hati aku pun mula berdetik berkata subahanallah.. cantik sungguh ciptaan tuhan yang satu ini.. sekilas aku menunduk dan melihat mozek lantai putih aku mula memikirkan sesuatu sesuatu yang telah aku hilang beberapa tahun yang dulu sesuatu yang tak mungkin akan kembali sesuatu yang tak mungkin aku amati sesuatu yang tak mungkin aku sentuh sesuatu yang tak mungkin dapat aku berbicara bersama lagi takungan permata putih mula terukir akan ku tahan jua dari ia terliur tidak mahu aku untuk membazirinya sesunggugnya "dia" tidak mahu melihat aku bermelankolia sendiri melonkolia ku ini akan ku tapis akan ku tangani dengan aku sendiri insyaallah.. akan tiada ia lagi aku cuba jika tidak mampu untuk aku tangani akan ku cuba walau tidak mampu aku lalui semua itu adalah keputusan yang satu yang harus aku akur dan terima seadanya harus aku redha dan berdoa kepadanya senantiasa.. Ramadhan semakin berlalu syawal semakin berhampiran aku memikirkan seperti mana mereka yang lain fiirkan jika setibanya syawal di minda apa yang di fikirkan itu semua tidak mampu lagi untuk aku perolehi seperti sebelumnya seperti lanjutan hari yang telah lama berlalu.. lama juga telah aku merantau jauh lama juga tidak aku lawati "dia" tidak sabar kiranya untuk aku berpijak dimana aku dilahirkan tidak sabar untuk aku pergi bertemu denganmu setibanya aku disana aku akan pergi melawatimu insyaallah.. itu yang aku rancangkan tidak aku pula aku janjikan jika tidak kesampaian, di pagi satu syawal yang hening kedengaran takbir raya berkumandang di setiap pelusuk masjidil dan surau akan aku hadirkan diriku bersama sejambak bunga melur putih dan sebuah jug yang berisi air yang akan ku bacakan surah yang agung serta baris baris ayat yang berupa doa akan ku bacakan untukmu daripada anakmu ini... sekian, secalit tindihan rasa, AmirulKamarul Labels: decenden of mine |