Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

STAND STILL WHO I AM
Sunday, 10 April 2011 @ 07:05




tup-tap-tup-tap-tup
terhenti nada itu di hentian 'tup'
apakah beerti semuanya terhenti
dari lamunan mimpi sendiri
sekitar yang sama rata
terkejut akan bunyi bunyi yang merapu itu
aku sendiri tidak tahu...

di sekitar sudut yang indah lagi jernih
duduk santai aku seorang diri
memandang akan segenap ruang yang cantik
pemandangan indah tersergam serba serbi
aku mula untuk berfikiran positif
inginku mulakan akan topik yang baru
ianya adalah seperti pembaharuan yang suci
ohh tidak,suci kah pembaharuan itu?
tidak..aku merasakan keakraban itu
hanyalah sebuah ilusi mimpi yang nyata
berfikir panjang aku seorang diri
melihat sekumpulan awan putih
menyelinap ke arah tenggara langit
sebatang rokok aku hulurkan ke tangan
mula akan sedutan yang memberi inspirasi kepadaku...
sutttttt...ahhhh...

pernahkah terlintas di pemikiran ini
adakah aku terlalu sibuk memikirkan hal
hal yang tidak pernah mungkin akan berlaku
pada akan suatu ketika nanti
yang mungkin tidak pernah mereka mereka
terfikir walau sedetik lebih melintas di fikiran
apakah ini bongkak pada diri ku sendiri?
sebentar aku pikirkannya...

ceretan ilham,
Amirul Kamarul

Labels: