TAKE WHAT IT TAKES
Friday, 15 April 2011 @ 12:24
![]() Di sudut sebuah persada Terlihatku akan terang Terpancar oleh spotlight putih Dari pelbagai sudut serata Ramai kelihatannya yang melepak Ada yang bersama semuka Ada juga berdua sama gembira Perlukah aku menonton drama indah sebegitu? Aku pun berpaling lalu pergi... Disebuah permandangan lain Aku tertarik oleh sebuah telatah Gemersik dua mereka terbahak Aku merenung penuh sensasi Kepelikan melanda bermula Indah ke perbualan terkata? Entah lah untukku mengata... Terlihat aku akan payung besar Berbagai jenis seraka warna Pelbagai juadah di peraga Beragai air berlainan rasa Turut tersiadai rata Duduk melukut sejenak Memutar belit pemikiran Bagi membuat keputusan Sebentar aju pikirkan ia... Terlantar pada kerusi plastik Terbentang jua kayu meja Yang beralaskan kain rata Duduk rileks bersahaja Dilempari angin angin malam Menusuk masuk ke kulit mulit Terasa hingga ke akar nervosa Aku mula melilau kemari sana Terfikir akan dunia yang berbeza Bagaimana mereka bersama? Tolak ketepi aku tak peduli lagi... Secangkir nescafe tarik sebagai sajian Aku menghirup aroma kopi itu Buih buih hasil dari tarikan nikmat Terpana di penghujung hidungku Yang di muat turun oleh nescafe tarik itu tadi.. Indah aromanya yang tidak terperi Tak sabar untukĀ aku nikmati lagi Hingga ke akhir hujung lumayannya Layanannya terpampang di peringatanku Akan keenakan secangkir nescafe tarik Ahhhhhh...helaan ku kepuasan menikmati... Setiap tegukan aku amati nyaman kini Itulah dia puas yang terpancar indah Dari secangkir nescafe tarik. Dengusan oleh, Amirul Kamarul Labels: persepsi aku sendiri |