Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

THE BEAUTIFUL IS ONLY TEMPORARY
Friday, 8 April 2011 @ 17:24



tik-tik-tik-tik,
waktu berdetik dari arah jam yang bergerak
memusing sekitar bulatan yang sama
mengira masa yang kian berlalu
akan berlakunya suatu perkara yang tak tahu
boleh juga jadinya yang baik
boleh juga jadinya yang buruk belaka
terpulang kepada si merpati putih
untuk memilih mana satukah yang di mahukan
bagiku,
tidak pernah aku kesahkan
sama ada ianya baik atau buruk belaka
kerana yang menentukan
hanya yang maha esa hendaknya
ku yang bertandang sebagai si kerdil
hanya menerima dan menerima
dengan ucapan syukur alhamdulilah
tidak perucapan secara pertuturan
hendaknya jua di dalam lubuk kalbu sendirian
bagiku,
semua ini terjadi ada yang tertanya
semua ini terjadi ada hikmahnya
semua ini terjadi ada kebaikan tersirat
tersurat juga yang buruk belakanya
akan tetapi itu hanya tuhan saja yang mengetahui
ku di sini,
cuma perantau yang membawa serangkai tubuh
mengusung kemari sana sini
apakah benar yang di pemikiranku ini?
ia hanya sebuah persoalan yang tiada jawabannya...
sehinggalah hari yang akan tiba suatu masa kelak
ku hanya berdiam kaku
tiada reaksi yang tulus bagiku
untukku tunjukkan pada orang orang
apakah ini menunjukkan ku tiada perasaan?
tidak,
ini adalah aku
aku yang pasti kerana aku sendiri
ini jua aku sendiri tidak menggetahui
yang pastinya,
tiada apa yang akan kekal selamanya
yang indah itu hanya sementara
selagi indah itu hadir di depan mata
terokai nya dengan kesyukuran
oleh kerana akan suatu ketika
ianya akan bertandang pergi
mungkin akan terus pergi
mungkin jua sementara cuma
itu semua adalah diluar jangkauanku
apa yang termaktub
hanya dapat ku lihat dan berbicara sendiri
mempersoalkan apa yang pasti.

caretan indah oleh,
Amirul Kamarul

Labels: