Kosanostra Koyak Rabak




[ mickoris saputra ]
[ 20-an ]
[ Bajingan sedang menyemak ]
[ ]

ber-jalan di bazar karat JB
Saturday, 21 August 2010 @ 13:20

hari ini,aku lepak rumah hilmi(emy).petang tadi dia dah sibuk call aku.tanya aku dimana.pada masa tu aku tengah sibuk kemas bilik di rumah member aku shafeex.haha
lepas tu emy pon call.tanya beliau di mana aku? (huh..di mana aku?..haha)
aku pon layan jelah kepala dia kan.dia dengan tawfik(topek),hadira aifa(epa) cakap nak datang rumah aku.haih terkezutt aku sekejap.haha diorang cakap nak ajak aku pergi majidee(rumah emy).so aku pon on jelah.sebelum tu kami ber-empat pergi bazar ramadhan di bandar baru uda dulu sebelum balik ke rumah emy.

kami pon berjalan teros ke bazar.yang pelik aku ni.diorang ada motor,tapi taknak bawak.haha apa ke pentol.HAHA (jangan marah weyy korang. :D ) okey,setibanya di bazar tu tambah lagi seorang,fathiah(fath).tak sangka yang dia boleh nak join sekaki sekali.haha sikatak yang addicted to greenish! fath la tu.datang dengan ber-baju hijau.dah betol katak lah tu.HAHA xD kami pon berjalan untuk mencuci mata melihat apa menu yang ada di sinun.hehe lepas dua tiga round pusing dengan orang yang crowded@ramai nak mampuih tu kami hanya membeli popia,roti sedap,dan sifath beli murtabak.apa daa punya la macam-macam ada dekat bazar tu,tu je yang korang beli?? teruk..teruk korang ni.apa pon tak boleh..haha tak menyumbang ke arah ekonomi bangsa betol.HAHA aku mengarot okey =_=

dah beli?? apa lagi balik teros rumah la.nak pergi mana lagi brade..haha balik balik rumah tu je,diorang teros nak gerak.aku pon ikot jelah.lagipon masa tu dah lambat kot.takut tak sempat nak berbuka puasa.hehe lepas setel semua,gerak lah kami ber-empat ke rumah emy.

setibanya di rumah emy,aku berbuka di rumah beliau.epa? balik rumah la buka dekat rumah dia sama juga dengan topek(diorang dua orang ni memang nak sama je.tak sama takboleh.tak sah.apa pon takboleh.haha)

so..aku berbuka dengan juadah masakan mak emy iaitu nasi ayam.fuuhh! meleley wa cakap lu bila tengok masakan mak emy.tak boleh blah dok! haha dengan kuih badak pomm pon ada.tu bapak emy buat.gila kentang laa.haha haa tu lah yang aku melantak waktu berbuka tadi.ehe ehe ehe dah berapa hari yang sebelumnya aku tak sentuh nasi.baru semalam-semalam dan tadi je aku makan nasi.haha (bukan diet @ jaga badan hea!+_+)

okey,malam tu pulak aku keluar pergi ke bazar karat.di ajak oleh akak emy(kak idah) ehe ehe ehe.aku pon okey saja.takde hal lah beb! xP pukul 10.30 macam tu gerak teros.bila dah sampai sana tu,parking keretanya di depan tokong cina sebelah kotaraya.bapak dekat je kan dengan bazar karat tu.takde jauh mana lah.haha haa apa lagi jalan la kami ke sana menapak beregu.haha bila dah sampai tu,huiyooo..bapak ramai gila orangkan.tak sangka aku boleh seramai begitu.yelaaa kan,dah nak dekat raya.orang ramai nak cari macam untuk raya ni..ada nak cari baju,seluar,kasut laa,apa laa.haa tengah jalan-jalan tu pulak,berapa ramai orang lah yang aku rasa aku terlanggar je.haha SESAK kott dekat situ.gila lah kalau takde langgar langgar macam kereta langgar dekat fun fair tu.haha dah langgar tu dah tak reti nak cakap sorry ke? (aku cakap okey.bagi mereka tu buat muka tueekkk je.rasa nak bagi buku kaki aku ni je kat muka diorang yang serba sempurna tu kan..brrr nasib baik aku takde rasa macam tu.haha xD

lepas tu?? jalan,jalan dan teros jalan sampai kaki ni dah takde rasa apa.(tu makna nak jalan je lah kan.haha) aku pon beli vest dengan belt.benda alah dua ni memang dah lama aku nak cari dan beli.cuma takde masa yang sesuai je.huhu biasa lah orang susah nak bergerak kan.ni dah ada peluang..kebas jelah makcik pakcik akak abang atok nenek.haha duit lesap?? tak apa.nanti dapat lagi..raya dah dekat kot..sabar je..hee ingatkan nak cari beg..tapi tak jadi.sebab takot bajet lari.beg ade jumpe.lawa dan cara kot..emy yang pilih tu.tapi takpe lah.lain kali jela.beg tu tak penting mana pon.pakai beg plastik pon okey juga apa? takut koyak??? haa kau double triple forple kan la beg plastik tu ye kawan...haha

bila dah penat bejalan?? balik lah apa lagi.takan nak membuta dekat bazar karat tu pulak..takde kerja ke hape haha kesian kak idah ni dah sampai selsema beliau berjalan tengah malam malam tu.apa nak buat..kata pon nak survey survey barang apa yang ada kan.nak tak nak teriama jelah ye kak idah ye.haha semasa perjalanan nak balik pulak,boleh ade roadblock pulak kan.lepas tu buat dekat tempat yang mengarot.tak strategik.whatthehell lah polis ni.takda otak ke apa? dari tak jem teros macam sardin dekat situ.bila nak jalan lepas tu pulak,boleh dia tahan.apa benda lah lu brader polis.lu pikir dalam kereta ni budak budak je ke? yang bawak takde lesen ke weyy?? haiyoo..tengok orang laa..see the legg..haha :P dah tahan tu,boleh pulak dia mintak i/c setiap orang yang ada dalam kereta tu.kalau seratus orang,seratus orang aku rasa dia nak mintak.buang masa betul! lepas tu,mintak lesen memandu.nak lesen memandu yang ada gambar.kepala hotak kau lah berjambul.tu pon lesen juga kan.yang kau memilih sangat apahal.kau polis tu buat la cara polis yang berdedikasi siket.lagi nak macam yeye je kan.baru jadi polis dah yeye.haiiyoo tak paham aku polis sekarang ni.nak rasuah je..sood bin bongek betol.huu brrrr

haa dah la tu.panjang nak mampus dah aku rasa ni.berhenti setakat ni jelah ye.haa okey lah.aku pon dah takde idea nak mencurah lagi.apa lagi??? publish dan sign out lah.mengantuk je.tapi tunggu sahur dulu.dah nak sahur dah kejap lagi.ehe ehe ehe.
wokey deyy macha dan minachi.amma' HAHA
titik noktah disini :D

Labels: